Wednesday, April 15, 2009

MPOC to XPOC !!



“They should rename it
XPOC instead of MPOC”







Aku jumpa "benda" nie dalam salah satu Blog yang amat kerap aku buka ,

http://www.seburo.blogspot.com/

Luahan dan Pendapat yang di keutarakan dalam blog nya amat aku hormati dan aku menerima nya dengan hati terbuka .... dan segala berita mengenai rakan - rakan di seberang sana banyak diceritakan dalam blog ini ....

Namun , apa yang cuba diluahkan oleh wakil blog ini , menunjukkan kematangan pemain / pasukan paintball dalam menilai dan memberi pandangan dalam pelbagai aspek supaya MUTU PENGANJURAN di harap lebih baik ....

Walaupun , sudah "berkurun" Siri MPOC ini bertapak di dalam negara kita , namun hampir setiap tahun , "kepincangan"nya masih kedengaran .... erm , tak tahu la ....

FOR XPOC .... ALL THE BEST !!

Monday, April 13, 2009

Birth Day Boy .. !!


salam again ... hihihihi

Sempena tarih 14.04.2009 ini , kami dari Team Zealous ingin mengucapkan SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN Ke- ( biarlah rahsia !! ) ... kepada Mr Kapitan Ariel Cosa Nostra ... supaya dengan SOKONGAN PADU dari BIJAN PAINTBALLS PROSHOP .... Kejayaan Zealous akan bertambah maju dan suksess ...... Dan , cepat - cepatlah menemui jodoh ... dah lama sangat tuuu peram ... hihihih

Dan semuga dapat dan masih bersemangat untuk memimpin Team Zealous di hari - hari yang akan mendatang ...... VIVA ZEALOUS !!

HAPPY BESDAY KAPITAN ..... !!

Tunnngguuuuuuu ... Kemunculan THE TIGER TANK ZEALOUS ..... weiiiiiii

Paint It Braders .... !!

*paint my love , brader

salam , and very good day to u all ...


ok , ISSC'09 semakin dekat dan semakin terasa panas nya walaupun keadaan iklim semasa yang amat - amat merunsingkan .... kemungkinan kah keadaan becak , penuh lumpur dan suasan hujan yang sama dilandai di JB akan berulang ....

mengikut ramalan kaji cuaca yang di keluarkan oleh JABATAN KAJI CUACA meramalkan hujan sepanjang 2 minggu ini pada sebelah petang .... namun semalam keadaan hujan dari pagi sampai ke petang amat meresahkan aku ....

orait , BTW , a very very GOOD LUCK TO U ALL ..... esp:- to a team playing in DIV 1 or OPEN DIVISION ....

For the Team Zealous lak .... after JB ... we all have a very very very long rest since past 2 years playing , training , playing , trainig and playing every weekend

.... cakap kapten , " ... guys , take this time to be with urs family , they earn it ... "

... wow !! , aku pun terkejut , biar betul kapitan aku nie .... tapi mmg betul ... !!

Tetapi ... pada suatu hari yang agak panas dan hangat , pada hari PERLUMBAAN FORMULA 1 akan di langsungkan di LITAR SEPANG ... kita org semua mendapat satu "tender" ....

Bagi kami , "tender" ini amat penting , bagi meng"support" kami dalam dunia paintball ,....


BAIK PUNYERRR TENDER ..... TENDER MENGECAT .... hihihihihi

Pada tarikh yang jatuh sama dengan PERLUMBAAN penting bagi KIMI dan HAMILTON , kami semua telah di kerah separuh tenaga untuk menyelesaikan satu tugasa TENDER yang selama ini tak pernah kami fikirkan .... woww !! who can expect that ZEALOUS can WIPING !! oppsss tersilap ... i mean , PAINTING ... again PAINTING


Diketuai sendiri oleh Mr. Ariel "COSA NOSTRA" .... acara TENDER CAT ini telah disertai hampir semua pemain - pemain ZEALOUS & REAPERZ .... erm , which is ... semua ZEALOUS duk bantai tempat yang sama jer .... TIANG PAGAR ... sampai ke subuh ...

* tgk baju kapitan tu , dah siap nak pergi F1 tu .... kesian ... kesian ... !!


Kelihatan Mr.Arif "DMAN" begitu fokus mencuba membayangkan bagaimana agaknya BARREL maker EGO08 aku besar mcm nie .... dah tentu bukan pellet yang keluar bai .... bom pellet yang keluar ...

Ini merupakan salah satu aktiviti sihat yang cuba diterapkan di dalam Team Zealous , dimana aktiviti merupakan salah satu tujuannya mengajar semua player Zealous , erti KESABARAN

allaaaa , mcm filem KARATE KID .... la ...

haaaa... yang kat bawah tu MR MIYAGI .... haikkk !! i will paint mr.miyagi... i will ..


Selain itu aktiviti ini merupakan TANDA SOKONGAN kepada salah satu penaja kami iaitu WERDNA HOL yang telah bersama - sama kami selama hampir 2 tahun , dari sejak penubuhan ZEALOUS kot .... well done MR.ANDREW ... welllaaaaweeiiiiii !! ihihihi

Kelihatan gambar di atas , keakrabpan pemain belakang dan depan terus di peraktikkan dalam aktiviti mengecat ini , cuma BACKMAN Mr. Daneal "D3NN" lebih berani menunjukkan '2 pack" di badanya berbanding Mr.Farhan "NEO" kita .... well done , guys .. keep on painting !! hahahah



Selain aktiviti mengecat ini di jalankan , aktiviti futsall , snuker , dan mcm lagi di lakukan bagi mengisi aktiviti KELAB PAINTBALL ZEALOUS pada tahun 2009 ini ... dan di jangka akan lebih banyak aktiviti - aktiviti yang berbentuk FAMILY SPORT akan lebih kami paparkan ....

*baiknyer aircond , sejuk tu kepala Bonet tu ....

Yaaa , Tujuan penubuhan KELAB PAINTBALL ZEALOUS bukan sahaja semata - mata sukan paintball , malah melebihi dari itu , dan banyak dan mcm - mcm aktiviti telah di jalankan selama 2 tahun penubuhan nya ....

Aktiviti telah di jalan kan di PROSHOP WERDNA HOL yang baru , yang terletak di BANDAR TUN RAZAK .... di mana KELUASAN PROSHOP yang baru ini lebih besar dari yang dulu , dan dilengkapi dengan SHOOTING RANGE dan banyak kelengkapan2 OUTDOORS selain paintball boleh didapatkan ....

Dan tidak lupa kelihatan gambar di atas Mr.Ismail "BONET" ... cuba menghiburkan semua pemain - pemain Zealous , setelah hampir 2 minit berkerja ..... penat tu !! ....



KERJA !! CAT !! KERJA .... hahaha , "mandur of the day" ... hahah JUST JOKING ... Mr.CM sedang meminta 10 tong cat lagi untuk mengecat lebih 2 buah tiang pagar tangga lagi .... banyak budak2 Zealous nie makan cat .... yer la nama lagi PAINTBALLERS kan .... huhuhuhu

ok , untill next time , choww !!





Wednesday, April 8, 2009

Kepentingan , Kepuasan , Kebajikan , Atau Kemajuan !!

salam to all .....

Dari maklumat yang pastinya kita semua tahu , MY NPL Player Council akan bersidang kemungkinan pada hujung minggu ini .... Dan pastinya kita semua tahu , banyak benda yang akan dibincangkan dan di usulkan dan banyak juga penjelasan yang akan di keutarakan .....


Personally , aku sebenarnya tak nak sentuh langsung KEPENTINGAN dan motif utama kewujudan Player Council ini , kerana seperti semua maklum , OBJEKTIF nya teramat jelas , tapi PERSOALANNYA , TERCAPAIKAH atau TERLAKSANAKAH ,

tapi aku amat memegang kata org org tua , jangan hanya berkokok
disiang hari .... ??

Mmg perit untuk membaca , apatah lagi mendengar akan persoalan itu , tetapi akan timbul lagi satu persoalan .... sebelum persoalan itu sendiri terjawab .... M
AMPUKAH ..... ??

Sebelum kita "membebel" dengan lebih jauh , mari kita berkenalan dengan wakil - wakil minoriti yang mewakili hampir 100++ pasukan yang bermain dalam MY NPL pada tahun 2009 ini ...

2009-2010 MPPC Commitee Members

Division 1 -Team Wolverinez - Chairman
Division 1 -Team Delta Rovers
Division 1 -Team MacDev Ronin
Division 1 -Team Nemesis Legion
Division 1 -Team Raz Legion

Division 2 -Team CMX
Division 2 -Team Cobra Mercenaries
Division 2 -Team Outrecs
Division 2 -Team Raiders

Division 3 -Team Shimigami-X
Division 3 -Team Shockwave


Dengan 5 wakil daripada 12 pasukan Divisyen 1 , 4 wakil dari Divisyen 2 dan HANYA 2 wakil dari Divisyen 3 merupakan divisyen yang mempunyai jumlah pasukan yang paling banyak seharusnya layak untuk di dengari luahan rasa dan paling mengejutkan TIADA WAKIL langsung dalam Divisyen 4 …. Erm ??

Erm , the bright side , lagi senang nak bermesyuarat dan berbincang kot , yer la , karang kalau terlampau ramai lak , lain lak dibincangkan , lembu saper mati la , kambing saper beranak la dan maker saper power la , ko pakai kereta aper skrg nie….

well , dengan sokongan dan kekuatan KOMITI ITU sendiri yang terdiri daripada pasukan - pasukan yang berdiri begitu teguh di belakang MY NPL , akan dapat membantu dan menjadi pemangkin dalam kejayaan sukan paintball itu sendiri ....

Namun , OBJEKTIF PLAYER COUNCIL amat jelas dan nyata biler telah diterangkan di dalam salah satu “SUMBER BERITA PAINTBALL" yang boleh dipercayai …

petikan :-

“Council members meet up a few days before a MY-NPL event to discuss and share info, rule changes, request by teams etc. So mostly it’s to look after the players affairs but one infamous reason why the council is known for is because it also hear the disputed cases brought to it by the MPRO or by teams. For more serious cases, ban can be imposed by the council on players or teams found guilty of any infringement of the MY-NPL rules.”


nampak senang tapi bukan senang nak dilakukan dan bukan susah untuk merosakkan ......

aku juga amat setuju dengan salah satu statement , di dalam blog yang sama dan selalu aku kujungi .... AMAT SETUJU SEKALI...AKU ULANG ... SETUJU !!


petikan :-

" My personal view is that the Players Council above all should be there to help & assist players & teams in any way possible, being the bridge between the MY-NPL, MPRO & the players themselves. It should not be used in any way as a tool by any parties involve and should always remain independent of any pressure by any parties. We all would like to see a strong Council, a council that can make decisions, a Council that can be Fair & Just to all. So Council Members, you have a heavy responsibility on you, my advise is always be a player first & a politician second. All actions by the council will come a full circle & hit us on the head when our day comes. "

INDAH BUKAN ... sedap di baca dan di dengar bukan .... tetapi PERSOALAN lagi ... ADAKAH ITU HAKIKATNYA .. ???

ok ... bukan niat nak mengkuirikan statement dan objektif penubuhan komiti tersebut .... tetapi SELALUNYA ... apa yang cuba dilakukan dan di manafaatkan tidak memenuhi KEPUASAN hati masing - masing .... so , how can it being done , itulah LUMRAH DUNIA ... bukan mudah nak mem"please"kan semua org kan .... dan itu adalah KENYATAAN !!

tapi , kata org org lama , KITA NASIB BAIK ADER PLAYER COUNCIL ..... ADA TEMPAT MENGADU .... yapss ... TEMPAT MENGADU , tetapi selalukah ADUAN kita disiasat , dinilai dan dijawab atau yang paling penting MEMENUHI KEPUASAN HATI .... aku sendiri sangat - sangat faham dengan kewajipan seorang yang selalu menerima aduan ..... ini kerana aku sendiri seorang KAKITANGAN KERAJAAN dan sebagai FRONTLINE GOVERMENT STAFF , ADUAN WAJIB DISIASAT , kerana kita digaji oleh MASYARAKAT ... so mcm maner lak MY NPL ..... erm ??

Tidak dinafikan MY NPL merupakan salah satu WELL KNOWN PAINTBALL TOURNAMENT ORGANIZER ,

Aku sendiri tidak pernah sesekali MERAGUI kecekapan , ketulusan , ketelitian , kemajuan dan keselesaan untuk bermain di dalam setiap penganjuran MY NPL ... dan tidak dinafikan MUTU PENGANJURAN PERTANDINGAN itu sendiri sudah melebihi jauh standard nya dari yang lain ... walaupun banyak perlu dititik beratkan NAMUN .. COME ON LA ... GIVE THEM MORE TIME....

Dengan kekuatan pasukan - pasukan hampir dari seluruh Malaysia menyokong kuat di belakang MY NPL dan kelancangan PROMISI dan MARKETING yang di lakukan , aku percaya segala kepincangan dan ketidaktulusan malah segala ketidakbajikan akan cuba diselesaikan dengan jayanya ... INSYAALLAH .... sekali gus KEMAJUAN sukan paintball ini akan lebih cepat kita sama - sama kecapi ...

Tetapi , PERSOALAN lagi bermain .... apa kaitan MY NPL , MPRO dan MPPC , ??

ORGANIZER , JUDGES & REFFERESS , PLAYERS .... erm .... ??

semua saling berkait dan boleh diibaratkan seperti kelengkapan untuk seseorang untuk bermain paintball .... kalau salah satu tak der dan tidak wujud .. mmg , HAKIKAT tak boleh nak main ... SAMA - SAMA PENTING !! ... tapi akan timbul lak satu lagi isu walaupun telah dinyatakan dengan jelas = SAMA SAMA PENTING ....

isunya : pemain lah lagi penting kalau tak der pemain , organizer tak leh nak cari makan , marshall tak dapat gaji dan siapa yang rugi ... erm ... kadang2 yg selalu di ke"udara"kan ... we r the paying customer ... ?? ... yite !!

so , ....

PLZZ HELP US ( players ) TO HELP U ALL ( organizer & reffree ) ....

bukan nya

HELP US GO TO HELL WITH U ALL .... ??

aku personally melihat kemajuan sukan paintball ini semakin maju dan lebih terbuka .... tidak seperti dulu .... kalau ditanya pada otai - otai , dulu game lebih tertutup dan lebih kepada kawan - kawan jumpa kawan - kawan .... media coverage , blog , forum malah PROSHOP pun kurang ... bukan kata dulu tak der isu dan tak der yang gaduh ,.... mesti ader setiap tournament cuma besar atau kecil ... aku sendiri pernah tgk dan lihat pada aku mula jadi crew dan zaman aku jadi penonton setia lagi .... tapi itu dulu ... dulu .... dulu .... tapi still ader isu , even kebanyakan player yg menimbulkan isu dulu pun dah jadi 1 team , malah menyokong isu - isu yang dia sendiri isukan ..., aku personally , tidak menyalahkan saper2 ... thats the fact , am i right ??

even pada waktu itu .... jumlah pasukan untuk kesemua divisyen tak sampai pun 30 pasukan .... kalau dapat pun nasib baik sebab di langsungkan kat KL ....

ok , KESIMPULAN nya ...

Game skrg dah jadi lebih pantas , lebih advance , lebih terbuka , lebih mencabar dan lebih kompetitif dan lebih glamour dan yang paling PENTING dah menjadi satu sukan yang hampir 1 malaysia tahu ....

that means , EVERYONE WANTS TO WIN , not only juz because of the prize money , but something bigger than that , dan sometimes they playing for PRIDE ... which is , better and more afdal la .... kata org- org beriman


.... Dimana kesempatan dan peluang dan segala yang perlu dilakukan untuk menang akan digunakan sepenuhnya oleh setiap pasukan .... which is true what is happening during this TIME .... so , aku personally tidak pernah pertikai dan menyampah dan meluat dengan kaki cheater nier .... alllaaa come on la , even aku tanya idola aku , THOMAS TAYLOR pun pernah wiping and cheating ... but plzzz dont say u r not but at the same time u r doint it ... ??

MOTIF NYA :- .... Dear marshall , it is urs JOB to make sure this thing do not happen , do what u all can do .. 1 4 1 , 3 4 1 , 6 6 6 , .... just to make sure all the players remain diciplined and obey their rule ... ITS UR RESPONBILITY , dimana , that will be urs PRIORTY



KESIMPULANYA :- i knew every and each marshalls , including each all the U.J , they all TRYING HARD to make each game PERFECT , but plzzz DO NOT JUST TRYING , SUDMIT IT !! , If players and teams goals r winning the championship , URS GOAL R TO MAKE THE PERFECT JUDGEMENT AND GOOD & FAST CALLS ,.... coz after all U R THE LAW ... and , UR ALL THE "RESPECT" ONE .... players semua kena tahu , RESPECT ALL MARSHALL even ko kaki wiping and cheating ...

Pengalaman selama 4 tahun aku bermain bermacam-macam jenis tournament , aku tak boleh lupa dengan MUTU PENGADILAN dekat FLORA FEST PAINTBALL di BANDAR PENAWAR , n i can be sure that rest of the teams on it will agree with me ... at that times , semua marshalls mmg tulus , mulus dan terus , akhirnya memnyebabkan pemain takut nak playing on , wiping , cheating , cursing even FIGHTING ... kalau telah dimulakan pada peringkat awal jangan tiba2 di suku akhir dan seterusnya lak berubah .... dan begitu juga sebaliknya ... dan itu amat penting , make a perfect judgement in each game ...

Selalu sangat bila kita kalah atau GAGAL , kita salahkan MARSHALL , kenapa tak salahkan diri sendiri , dan kenapa tak salahkan pasukan lawan yang mengunakan bermacam - macam helah , LAGI PERSOALAN DITIMBULKAN ?? ... coz they have someone to pointing at !! ... cuba , aper kata kita cuba bayangkan kalau MARSHALLS diharapkan , no room for mistakes , good and fast decisions ( even sometimes , of coz there will be still a bad call ) , mengunakan budi bicara dan yang paling penting , tahu BERUNDING !! ... now , saper lagi yang nak disalahkan .... fikirlah sendiri !!

erm ... kenaper aku cakap KENA TAHU BERUNDING , come on dude , u r the law and u r the respect one , if player dah jadi so call "kurang ajar" , u should know how to calm down the situation not fire it up ......

yaaa.... always have a points nak salahkan marshall ... yite !! BTE , we all humain ,

in the end , ceriter panjang lebar tak guna dan banyak cakap pun tak guna .... betulkan diri sendiri ( termasuk aku !! heheh ) sebelum membetulkan diri org lain ....

cuma aper yang aku harapkan , "wakil pemain" ini hendaklah memikirkan kepentingan sukan itu sendiri , memohon agar memantapkan mutu pengadilan , menjadi salah satu tempat yang boleh MEMBANTU PEMAIN DAN PASUKAN bukannyer MEMPOLITIKKAN PEMAIN .... dan dah tentu bukan mencipta KRONI ... c'yall ...

note :- dari dulu duk pikir - pikir , kenaper tidak ditubuhkan PERSATUAN PEMAIN - PEMAIN PAINTBALL MALAYSIA , merangkumi semua pemain - pemain PAINTBALL SEANTERO MALAYSIA , tidak kira bangsa , aper tournament yg disertai .... Ditubuhkan sendiri oleh pemain - pemain paintball untuk pemain - pemain paintball dan dipimpin oleh pemain - pemain paintball , bukan organizer .... kalau MARSHALL susah nak BERSATU , MOH KITA BERSATU ....

note2 :- sorry to everyone , just trying to express my opinions in a good ways ... tiada yg kurang dan tiada yang lebih ... peace ya'all .. !!



Thursday, April 2, 2009

My NPL - 09 - 2nd Leg - UTM Sekudai JB


Congratulations to all the winners.

DIVISION 1 (9 Teams)
1ST - NEMESIS LEGION
2ND - MACDEV RONIN
3RD - DELTAROVERS

4TH - ZEALOUS

DIVISION 2 (10 Teams)
1ST - WARRIOR
2ND - NOMERCY
3RD - OSCAR LEGIO-X

4TH - OUTRECS

DIVISION 3 (19 Teams)
1ST - D'HALLOWEEN

2ND - CMX BUCCANEERS
3RD - ROUGHNECKS

4TH - S2K

DIVISION 4 (15 Teams)
1ST - JS

2ND - RED DYNASTY
3RD - SHOOT IN RAGE
4TH - INFIDELZ

SPECIAL DIVISION (8 Teams)
1ST - SOUL-CALIBRE

2ND - DRAXXUS LOCK DOWN

3RD - MUSKITO
4TH - UNIT SUKAN 2



Note :- Regardless of what happened in JB ... Rumours has been spreading around ... esp in Divisyion 1 ... i think its better for the team to keep quite , calm and gentle ... and anything or whatever posting that u all read in any blogs or forums has no connection to us at all, we, Team Zealous and our team captain mr.areil personally can be sure of that , ... Thanks yuk !!

Wednesday, March 25, 2009

The Patriot





salam , worait , cuma tinggal tak sampai 2 hari lagi , "medan pertempuran" jaguh - jaguh paintball Malaysia akan memanaskan dan menghangatkan Bandaraya Johor Bharu . Dan untuk julung kalinya , Bandaraya Johor Bharu dan venue UTM , Sekudai menjadi gelanggang rasmi Siri Liga Paintball Kebangsaan setelah hampir 4 tahun ia di langsungkan dengan cemerlang dan penuh dedikasi , teratur & MERIAH !! Suka aku menceritakan pasal Jaybee nie sebab topik post aku kali melibat salah seorang sahabat atau lebih tepat saudara ku di dalam maupun diluar dunia paintball , mr addy "ohohoy" snakeman zealous

Berasal dari Johor Bharu dan merupakan anak jati JB , mengalir darah dan semangat pahlawan melayu dalam setiap inci pembuluh darah amat jelas aku memberi gelaran THE PATRIOT kepada mr."ohohoy" kiter nie ...



Dilahirkan pada 10.11.1985 anak sulong dan selalu memainkan peranan sebagai "middleman" dalam team zealous dalam setiap perbincangan . Seorang yang peramah dan baik tutur bicaranya dan amat senang di dampingi , peminat no 1 Dato M Daud Kilau ( now , u'll know why this fella nickname is "ohohoy" .. hahaha )



Mengapa THE PATRIOT , senang sajer , kesetian dan pengorbanan nyer terhadap Zealous bukan sahaja terhadap sukan paintball semata - mata , malah selalu dia ingatkan mengingatkan dan berpesan Paintball bukan segala - galanya tetapi pengorbanan nyer melebihi dari itu .



ermmm .... bertugas di sebuah syarikat penyiaran , pandai dalam hal "cilok - mencilok" , suka akan gadis gadis yang gembu lagi di bomm .... dan merupa rakan seperjuangan mr danial "d3nn" sebelum menyertai Zealous .

Ok lah cukup kot .... sampai berjumpa lagi selepas NPL JB ... good luck to every team that participate no matter in what division u all playing .... u all make it happen ... !! GOOD LUCK !!

Monday, March 23, 2009

The DareDevil



salam .... kembali lagi , aku mcm dah ketagih lak untuk menulis dalam blog nie .... memandang kan hari nie kerja di opis tidak begitu banyak , so aku buat keputusan untuk meneruskan ceriter aku ini .... kembali kepada zealousian , sebelum ini the cosa nostra a.k.a the anchor menjadi topik ceriter aku , skrg giliran seorang lagi pemain zealous yang amat aku kagumi dan hormati tidak lebih dan tidak kurang .... maaf aku pohon sekiranya banyak perihal team aku diceritakan dalam blog nie .... huhuhuhu ... dah nama blog aku kan.... hihihihih

ok ..... sesuai dengan statement gambar diatas "THE MAN WITHOUT FEAR" , THE DAREDEVIL ... huhuhu , aku rasa amat sesuai aku anugerahkan gelaran ini kepada kawan aku nie , aku rasa dia pun tak tahu aku panggil dia dengan gelaran ini .... dan kemungkinan besar jugar dia akan mengamuk dengan gelaran ini ( ahaksss ) , tetapi ader cerita di sebalik "THE MAN WITHOUT FEAR" ini .


Dilahirkan pada 24.02.1980 .... Danial "d3nn" merupakan satu - satunya player Zealous yang paling berpengalaman dan mempunyai rekod seorang pemain paintball taraf tournament di dalam Zealous apabila kelab ini mula ditubuhkan . Seorang yang amat meminati bolasepak dan merupakan seorang peminat fanatik Kelab Bolasepak Liverpool ( yaaaa man , you never walk sorang .. ) .




Bukan senang untuk mendekati mr.danial kiter nie ..... once u gain his trust , u r his friend forever .... merupakan teknikal person dalam team selain mr.arif "d'man" samad , anggota kerja penerbitan tv.

Peminat style rambut ala MOHICANS mcm aku jugak , tapi memandangkan aku kerja kerajaan tak mampu dik woiiii .....



Mengapa gelaran daredevil aku berikan padanyer kerana personally aku menganggap nyer suatu perkara yang baik , kerana dia merupakan seorang yang berani kerana benar dan tidak takut mengaku kesalahannya dan all da'zealousian know , kalau aper2 hal yang berlaku he will be there to comfort us in a good ways ... but at last , he still a humain being brader .... guys ( zealous brothers ) , u all pasti tahu kan kenaper gelaran nie sesuai dengan dia .... hiihihihii

ok ... sudah banyak ku ceritakan pasal mr.assistant captain danial "d3nn" nie .... sampai berjumpa lagi dalam THE PATRIOT ... huhuhuhu

jangan mare yerrrr en dan ... uhuhuh