Tuesday, April 21, 2009

Big Event !! Big Money !! Big Sacrifes !!



Well .... salam aper2 pun ...

seperti yang kamu semua maklum .... NEMESIS PAINTBALL CLUB / KEMENTERIAN BELIA & SUKAN dengan usahasama MAPAAC / MY-NPL / TACTICAL ACTION akan menganjurkan satu BIG EVENT !! pada 1hb , 2hb & 3hb Mei 2009 ini di Dataran Petaling Jaya ..... Dan ia merupakan salah satu Big Event Tournament Paintball yang amat amat dinantikan oleh semua pasukan - pasukan di Malaysia ,

Dengan pengkhabaran penyertaan hampir 12 pasukan yang telah membayar wang pendaftaran di dalam Open Division dari pelbagai negara dan negeri seperti Sweeden , Dubai , Thailand , Singapura , Australia dan Kuala Lumpur pasti usaha merebut wang USD7000 semakin panas dan hangat ......



Pemilihan venue yang tepat dan sesuai iaitu Di Dataran Petaling Jaya amatlah dipuji kerana dengan dikelilingi pelbagai kemudahan penginapan , pengangkutan dan pusat membeli belah sekaligus akan menyumbang kepada kesenangan dan santapan mata kepada maner - maner individu yang lalu lalang di kawasan tersebut .



Keadaan padang yang baik dan hampir sempurna juga dapat menyumbang kepada mutu permainan dan keyakinan pasukan untuk bermain .


Namun , untuk bermain di dalam Big Event International Paintball Tournament seperti ISSC ini , sudah pasti memerlukan Big Money juga !! ( hehehee ) ... dengan Jualan 1 Kotak Paintball dengan harga USD58.60 / RM 210.96 ( kalau ikut currency semasa USD1 X RM3.60 ) tentu membuat sesuatu pasukan menilai kembali saku masing masing untuk mempertimbangkan untuk bermain dalam Tournament ini .....

Yer la , kalau dikira kira bagi FORMAT 7 Men , sesebuah pasukan memerlukan hampir2 10k ( wang melayu !! ) dalam membuat persiapan sepenuhnya menghadapi tournament yang se"BIG" begini ....


Namun , apa2 pun aku sendiri tak konfirm sama ada Team Zealous akan beraksi atau tidak ... aper pun aku akan cuba membuat liputan dan mengambil sedikit gambar untuk laporan blog aku nanti ....

Apa sekali pun , Good Lucks To All The Teams , A Lot More For MPRO ... U Really Really Need It .....

" TOWARDS TO THE FUTURE OF PAINTBALL SPORT "





Segala maklumat boleh di dapati disini :- http://masing2dahbesar_carilasendiri.com.mampus/

No comments:

Post a Comment